Keterangan Produk
Buku Panduan Lengkap Mengajar Anak Menulis – Dari Pra Tulisan Hingga Karangan Pendek
Nak ajar anak menulis? Jangan bagi pensel dulu!
Bagi kanak-kanak kecil, kemahiran menulis tidak bermula dengan terus memegang pensel. Mereka perlu membina kemahiran pra tulisan terlebih dahulu untuk memastikan mereka dapat menulis dengan baik dan lancar.
Buku ini direka khas untuk membantu ibu bapa dan guru dalam melatih anak-anak menulis dari peringkat asas sehingga boleh menulis karangan pendek.
Kenapa Anak Tidak Boleh Terus Diberikan Pensel?
Untuk menulis dengan baik, kanak-kanak perlu menguasai:
Kemahiran Motor Halus – Pergerakan jari dan tangan yang membantu mereka menggenggam dan mengawal pensel.
Kemahiran Motor Kasar – Kekuatan dan kestabilan tangan serta badan bagi menulis dengan lancar.
Koordinasi Bilateral – Keupayaan menggunakan kedua-dua tangan dengan seimbang untuk menulis dengan kemas.
Tanpa kemahiran ini, anak-anak akan susah menulis, mudah penat dan cepat bosan.
Apa Yang Terdapat Dalam Buku Ini?
Carta Alir Cara Mengajar Anak Menulis
Panduan langkah demi langkah supaya ibu bapa dan guru tahu bagaimana untuk memulakan latihan menulis dengan cara yang betul.
Contoh Aktiviti Pra Tulisan
Pelbagai aktiviti yang membantu anak membina kemahiran asas menulis sebelum memegang pensel.
Latihan Menulis Bertahap Dari Asas Hingga Karangan Pendek
Latihan asas tulisan – Membantu anak mengawal pergerakan tangan.
Latihan menulis huruf kecil & huruf besar – Mengasah kemahiran membentuk huruf dengan betul.
Latihan menulis suku kata & perkataan – Membantu anak menulis dengan lebih lancar.
Latihan menulis karangan pendek – Membina keyakinan anak untuk menulis ayat lengkap.
Tips Mengajar Anak Menulis
Buku ini turut mengandungi pelbagai tips dan teknik berkesan bagi memudahkan ibu bapa dan guru dalam melatih anak-anak menulis dengan lebih baik.
Apa Yang Menjadikan Buku Ini Istimewa?
Panduan lengkap dari peringkat awal sehingga anak boleh menulis sendiri
Membantu anak menulis dengan cara yang menyeronokkan tanpa tekanan
Mudah digunakan oleh ibu bapa dan guru sebagai bahan bantu mengajar
Dapat membantu anak yang lambat menulis atau mengalami kesukaran dalam penulisan
Daripada ‘zero’, anak anda akan mampu menulis ABC hingga karangan pendek hanya berpandukan satu buku!
Buku ini adalah satu-satunya rujukan lengkap yang belum ada di pasaran.
Dapatkan sekarang dan bantu anak anda menulis dengan lebih yakin dan lancar!